-->

...keCHik c0RNer...

segaLAnya beRmuLA di sIni

Tuesday, 27 March 2012

-->RAhsiA caNtik dEngan cOkLat<--

Assalamualaikum w.b.t.
3 hari lepas kechik de terbaca 1 info kesihatan tau..
sangat menarik..
confirm kawan2 perempuan tertarik..
jadi,post kali nie kechik nak share apa yang kechik baca..

COKLAT!!!!!


dengar je 'makanan sedap' nie mesti terliur kan2???
yummyyy....yummmyyyy....

Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.
Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.
Antaranya :
* berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit
* kulit sentiasa lembap dan segar
* menegang dan menghaluskan kulit
* mencegah kedutan pada wajah

Nak tahu lebih lanjut bagaimana nak guna coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian, jom baca!!!

~PELEMBUT KULIT~
--} kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kawan2 semua sentiasa lembut.


~MELAMBATKAN KEDUTAN~
--} antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel2 kulit. Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan, melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

~MENGURANGKAN PARUT~
--} lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis2 halus, mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

haa,nie de beberapa petua kecantikan menggunakan coklat..
nak cuba tak??????
jom2!!!

"SKRUB COKLAT MADU"
..manjakan diri  kawan2 dengan skrub coklat madu. Bukan sahaja kulit akan lebih lembutserta licin, malah akan terasa begitu segar dan aromanya membuatkan kawan2 sangat tenang.

Cara2 membuat:
1. Campurkan 10 gram serbuk koko tulen, 1 sudu besar madu, 5 gram gula dan 2 sudu besar minyak badam ke dalam satu bekas.
2. Kacau rata hingga bahan2 tersebut menjadi licin.
3. Lakukan urutan ringan dengan hujung jari selama 1 hingga 2 minit.
4. Akhir sekali, bilas dengan air suam.

"MASKER COKLAT"
..bagi siapa2 yang rajin ke spa, pastinya masker coklat bukanlah 1 yang asing malah mungkin ada yang pernah mencubanya. Namun bagi yang tidak biasa dan tidak pernah mencubanya, inilah peluang. Kawan2 boleh je lakukan sendiri di rumah.

Cara2 membuat:
1. Cairkan coklat gelap.
2. Seterusnya, campurkan coklat gelap yang telah dicairkan bersama susu tepung penuh krim dan garam.
3. Kacau sehingga rata.
4. Setelah sejuk, sapukan pada wajah.
5. Biarkan selama 15 hingga 30 minit dan barulah dibasuh menggunakan air suam.

p/s : susu dan garam boleh juga digantikan dengan mentega, gula dan madu sekiranya kawan2 ingin memberikan kesan lembap dan antiseptik pada wajah.

"MANDI SABUN COKLAT"
..pasti kawan2 terkejut kan dengan cara mandi sabun coklat nie. Tidak pernah dibuat orang. Heheheee. Bagi kulit tubuh, kawan2 boleh membuat sabun mandi coklat buatan sendiri. Tubuh bukan sahaja akan terasa segar, mala kulit akan menjadi lebih halus dan mulus.

Cara2 membuat:
1. Didihkan susu tepung yang dicampurkan dengan hirisan coklat.
2. Kemudian kacau sehingga coklat cair.
3. Seterusnya campurkan dengan gel mandian dan bolehlah disapukan pada keseluruhan badan.


 Selamat Mencuba ^_*


..sENyum2 tuu tANda nyE suKa ^_*

Posted by Ayien Nia at 10:31
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perkongsian, Take Care

6 comments:

  1. azzwan1 April 2012 at 19:28

    Ain,

    Minta anda lihat permasalahan berikut, mungkin bukan masalah besar - apabila kita 'scroll down', akan ada banyak ruang kosong selepas ruangan blog anda ini, betul tak?


    a z z w a n

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Ayien Nia2 April 2012 at 19:50

    Encik Azzwan,
    Maafkan saya. Saya kurang faham dengan pernyataan permasalahn yang Encik Azzwan utarakan. Tapi, saya telah mengubah sedikit setiap post dengan meletakkan 'Read more'. Saya memohon jasa baik Encik Azzwan untuk memberi tunjuk ajar sekiranya saya ada melakukan kesilapan. Terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. baiyah yaa12 April 2012 at 11:43

    Salam ain...

    Bestnye coklat..I love it very much..
    tq 4 da info..

    baiyah

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Ayien Nia15 April 2012 at 19:39

    Salam baiyah..
    Samalah kita..heheee
    Selamat Mencuba =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Ayien Nia18 April 2012 at 06:13

    Ismail,cer cuba..heheee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Ismail19 April 2012 at 04:03

    boleh..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

감사합니다

 

saLam peRkenALan

My photo
Ayien Nia
Norain Syuhadah binti Md Ismam A136964 FEP/3 Perakaunan
View my complete profile

mai2 (^_^)

Blog Archive

  • ▼  12 (25)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (12)
    • ►  Apr (3)
    • ▼  Mar (6)
      • cuKupKah haNya ANTIVIRUS???
      • -->RAhsiA caNtik dEngan cOkLat<--
      • ~jaDikAn roTi ganDUm saRApan piLihaNmu~
      • 10 'K' daLAm peRsahaBAtan
      • kuAt inGATan!!!!
      • kAu suMBer insPIRasiku ^_^

Labels

  • Aktiviti (1)
  • Coretan (6)
  • Cuti-Cuti Malaysia (2)
  • Perkongsian (18)
  • Take Care (4)


Theme images by jpique. Powered by Blogger.