-->

...keCHik c0RNer...

segaLAnya beRmuLA di sIni

Saturday, 21 April 2012

~isTimeWa buAT si gADis~

Assalamualaikum..
kali ini kechik nak post khas buat kawan2 perempuan SAHAJA!!!!
kalau kawan2 laki nak jenguk2 post kali ini,silakan TAPI.....
behave urself erk...

kaum HAWA selalunya dibayangi dengan beberapa masalah terutamanya.....

~~MASALAH "GADIS"~~



Kebanyakan gadis remaja kurang prihatin dengan masalah2 dalaman terutama tentang kesuburan. Bagi mereka, masih terlalu awal untuk memikirkannya dan menganggap selagi tidak berkahwin, selagi itulah masalah tersebut tidak penting. Tanggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Lebih baik kaum2 HAWA tahu masalah diri dari awal agar boleh mengambil langkah awal untuk mengatasi sebarang masalah yang berlaku.

TANDA-TANDA SI GADIS KURANG SUBUR

1- HAID TIDAK TERATUR
Sesekali terlambat atau terawal datang bulan adalah satu hal yang normal. Namun, sekiranya ia berlaku terlalu kerap malah jadual haid tidak pernah teratur sebaiknya kawan2 dapatkan nasihat daripada doktor kerana kamu mungkin mengalami masalah kesuburan.


2- JANGKA MASA DATANG HAID LEBIH DARI 7 HARI
Perdarahan semasa datng bulan masih boleh dikatakan normal jika berlarutan selama 3 hingga 7 hari. Namun, andai pendarahan berlarutan hingga lebih 7 hari dan disertai dengan rasa kejang perut serta sakit yang amat sangat berikut adalah antara tanda2 ketidaksuburan.


3- BERAT BADAN
Baik terlalu gemuk mahupun terlalu kurus, berat badan yang tidak ideal pada perempuan, kedua-duanya boleh menjadi punca seseorang itu kurang subur.


4- MEMPUNYAI PENYAKIT KRONIK
Gadis yang mengidap hipertiroid, diabetes dan penyakit2 yang kronik cenderung mengalami gangguan pada sistem dalaman tubuh akibat kesan sampingan daripada pengambilan ubat secara berterusan.


5- BERHADAPAN PENYAKIT KELAMIN
Sistem dalaman tubuh juga boleh terganggu sekiranya mengidap penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorhea, sifilis dan sebagainya.


..sENyum2 tuu tANda nyE suKa ^_*

Posted by Ayien Nia at 09:04
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perkongsian, Take Care

2 comments:

  1. ain mirza6 May 2012 at 05:10

    actually good info kechik...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Ayien Nia12 May 2012 at 02:11

    thankx ain =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

감사합니다

 

saLam peRkenALan

My photo
Ayien Nia
Norain Syuhadah binti Md Ismam A136964 FEP/3 Perakaunan
View my complete profile

mai2 (^_^)

Blog Archive

  • ▼  12 (25)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (12)
    • ▼  Apr (3)
      • DANA DARURAT ketika KECEMASAN!!!!
      • ~isTimeWa buAT si gADis~
      • RaHsia di seBaLik sEnyuMan (^_0)
    • ►  Mar (6)

Labels

  • Aktiviti (1)
  • Coretan (6)
  • Cuti-Cuti Malaysia (2)
  • Perkongsian (18)
  • Take Care (4)


Theme images by jpique. Powered by Blogger.