Assalamualaikum warahmatuallahi wabarokatuh...
waHhhh!!!!salam buka bicara yg berlainan sikit kali ini..
haa,kawan2..
kali ini kechik nak post tentang 'kewangan'..
j0m3........
Dalam kehidupan sering berlakunya hal2 yang di luar jangkaan. Misalnya ialah hilang pekerjaan, sakit yang memerlukan biaya perubatan yang besar, membaiki rumah, kenderaan rosak secara tiba2 dan macam2 lagi masalah yang tidak disangka2 akan terjadi. Semua ini semestinya boleh menggoyahkan kewangan kita semua. Sekiranya kita semua tiada simpanan, faktor inilah yang sering menjadi punca kita semua berhutang. Semestinya langkah berhutang ini akan menimbulkan masalah kewangan yang baru misalnya, bunga daripada hutang yang dibuat secara langsung akan menambahkan lagi bajet setiap bulan. Di sinilah sangat pentingnya kita semua membekalkan diri dengan dana darurat.
Maksud DANA DARURAT ialah tabungan yang dapat kita semua gunakan di dalam keadaan terdesak. Namun persoalannya, berapa jumlah dana daorurat yang ideal? Sebahagian besar pakar kewangan setuju bahawa dana darurat yang ideal adalah 3 hingga 12 kali ganda pengeluaran setiap bulan. Contohnya ialah setiap bulan kita akan berbelanja hampir RM2000, maka darabkannya dengan 3 menjadikan jumlahnya RM6000. Jumlah inilah yang perlu ada dalam dana darurat kita semua. Walau bagaimanapun, jumlah di dalam dana darurat ini bergantung pada situasi kita punya komitmen atau tidak, sedang dalam keadaan berhutang atau tidak dan beberapa faktor lagi.
MULAI DARIPADA JUMLAH KECIL
* Usah terlalu risau sekiranya hingga ke saat ini kita masih belum mempunyai sebarang dana darurat ataupun kita merasakan begitu sukar untuk menabung. Kunci untuk melakukannya mudah. Pertama mulailah dengan jumlah yang kecil. Sekiranya dikumpulkan secara berkala dan berdisiplin, jumlah yang kecil lama2 akan menjadi bukit. Cuba mulakan dengan 5% daripada pendapatan bulanan kita. Walaupun jumlah yang ditabung tidak akan bertambah dengan cepat tetapi yang pentingnya kita sudah bermula menabung dan melakukannya menjadi kebiasaan. Setelah beberapa bulan, kita sudah makin biasa dan seterusnya cubalah tingkatkan penyimpanan kepada 10% sehingga 30% daripada pendapatan kita.
TEMPAT PENYIMPANAN YANG SESUAI
* Ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan dalam menentukan tempat yang sesuai untuk kita menyimpan dana darurat ini. Berikut adalah di antaranya :
+ dalam bentuk yang mudah untuk ditukarkan kepada tunai
+ mudah diakses
+ tempat yang dijamin oleh kerajaan
+ nilai asal tidak akan sesekali berkurang atau mengalami penurunan
* Sebagai langkah awal, kita boleh menempatkannya pada tabungan yang mudah digunakan. Namun setelah tabungan makin berkembang dan mungkin kita menginginkan faedah, bolehlah meletakannya di tempat yang memberi faedah yang berganda. Sangat penting untuk menyimpan dana darurat di tempat yang mudah urusannya. Kenapa??? Ianya kerana agar kita boleh mengambil wang tersebut dengan cepat pada saat diperlukan. Jangan sesekali menempatkan dana ini di pasaran saham kerana sifatnya yang mudah berubah di pasaran dan boleh menyebabkan kita kehilangan wang dalam jangka waktu pendek.
"PANDUAN MEMBUAT DANA DARURAT"
1- Tentukan Jumlah Dana Darurat Yang Diperlukan
* Berapa pun jumlahnya, apa yang paling penting ialah kita rasa senang dan selesa dengan jumlah tersebut. Cuma satu hal yang perlu kita timbangkan adalah situasi kita. Sekiranya bujang dan tidak ada sebarang komitmen, maka tidak perlulah dana yang besar. Namun andai diri kita bujang dan mempunyai tanggungjawab membantu keluarga, maka dana yang diperlukan haruslah lebih besar.
2- Catat Pengeluaran Bulanan
* Setiap bulan kita harus catat perbelanjaan bulanan mulai daripada sewa rumah, makanan, bil utiliti, pengangkutan dan semua hutang yang harus dibayar. Setelah itu, jumlahkan keseluruhan perbelanjaan dan dari situ barulah kita dapat menganggarkan berapa jumlah dana darurat yang perlu kita ada.
3- Buka Akaun Baru
* Sebaiknya untuk dana darurat ini, kita harus membuka akaun yang baru agar tidak tercampur dengan duit2 yang lain.
4- Tentukan Jumlah Yang Tetap Untuk Menabung di Dana Darurat
* Jumlah wang setiap bulan yang perlu kita simpan di dana darurat ini haruslah bergantung pada kemampuan kita. Sekiranya kita hanya mampu mengisi RM50 sahaja sebulan di dalam dana darurat ini, maka teruskanlah.
5- Auto Debit
* Kini melalui teknologi yang canggih, kita boleh melakukan sistem auto debit. Ia bukan sahaja lebih mudah malah lebih disiplin. Namun jangan lupa memantau perkembangan wang kita dari bulan ke bulan.
6- Cari Cara Untuk Meningkatkan Kemampuan Menabung
* Ingin lebih cepat mencapai target kita??? Temukan cara kreatif untuk meningkatkan kewangan kita sendiri. Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu untuk mendapatkan tabungan yang lebih baik.
wahhhhhhh kire2
ReplyDeleteda penink da huhu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebijak berbelanja,mestilah kena bijak menabung jgk fadhil..heheee
ReplyDelete