Assalamualaikum...
Rasanya dah terlalu lama kechik tak post dalam blog ini..
Maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki..
Sebenarnya kechik tak ada idea nak post..
So, kali ini kechik nak post sesuatu untuk semua kawan2..
Something yang baik untuk kesihatan dan kehidupan seharian..
Enjoy it!!!!
SENYUMMMMMM (^-^)
TAK PERLU KATA APA2..
Hanya ringankan mulut untuk mengukir sebuah SENYUMAN yang boleh menceriakan hari kawan2 dan juga orang di sekeliling kawan2.
Rasanya dah terlalu lama kechik tak post dalam blog ini..
Maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki..
Sebenarnya kechik tak ada idea nak post..
So, kali ini kechik nak post sesuatu untuk semua kawan2..
Something yang baik untuk kesihatan dan kehidupan seharian..
Enjoy it!!!!
SENYUMMMMMM (^-^)
TAK PERLU KATA APA2..
Hanya ringankan mulut untuk mengukir sebuah SENYUMAN yang boleh menceriakan hari kawan2 dan juga orang di sekeliling kawan2.
* Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon2.
* Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja meceriakan hidup kamu tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
* Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
* Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
* Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian, kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kamu ketawa.
* Kamu juga perlu sedar bahawa kanak2 lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak2 berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
* Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat 2 jenis tekanan iaitu tekanan yang baik dan tekanan yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai tekanan yang baik. Tekanan yang tidak baik akan memberi tekana kepada sistem ketahanan badan.
* Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
* Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
* Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser. Pusat Pertubuhan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
* Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
* Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam selama beberapa minit.
* Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam selama beberapa minit.
* Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal dan apa yang diperlukan adalah sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
0 comments:
Post a Comment