Assalamualaikum..
tik tok tik tok...
pejam celik pejam celik..
jam dah pun menunjukkan waktu 2 pagi..
time nie lah sepatutnya 'student' cam kita dah tidur..
tapi time nie lah kita duduk menghadap laptop..
heheee
pagi2 nie, kechik nak post tentang info yang cukup berguna untuk kita semua..
semoga terhibur n senyum2 selalu di pagi hari ^-^
Tahun2 kebelakangan ini, isu tentang keselamatan komputer terus menjadi perbualan hangat. Bermula daripada antivirus, firewall sehinggalah kepada tindakan menggodam laman sesawang kerajaan, semuanya berkisarkan keselamatan.
Semakin hari semakin hebat serangan yang ada dan tidak dinafikan, ia beransur manjadi sesuatu yang menakutkan. Bagi pengguna komputer, adakah cukup sekadar mempunyai antivirus?
Semakin hari semakin hebat serangan yang ada dan tidak dinafikan, ia beransur manjadi sesuatu yang menakutkan. Bagi pengguna komputer, adakah cukup sekadar mempunyai antivirus?
Berbicara bagi pihak pengguna kediaman, mungkin kurang mendapat tempias kerana serangan menggila sebegini jarang muncul. Lain pula bagi syarikat2 luar serta pihak kerajaan yang pasti bingung memikirkan rencam kesulitan yang menjelma. Tambahan pula, sesetengah syarikat gergasi mempunyai lebih daripada 1000 buah komputer untuk diuruskan. Ternyata tidak cukup dengan hanya memasang perisian antivirus.
Serangan siber tidak semestinya datang daripada luar rangkaian. Jarang diketahui, ia boleh berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak dalaman. Salah satu punca ialah kebocoran data. Sebagai contoh, data atau fail yang disalin daripada komputer pejabat ke dalam pemacu pantas langsung dipindahkan dari 1 komputer ke komputer lain. Ini tanpa disedari membuka 'ruang' buat penggodam mengambil kesempatan dan juga virus2 mula membiak dari 1 tempat ke tempat yang lain.
Apakah yang boleh dilakukan???
---> Penyelesaian terkini yang paling berkesan adalah dengan menggunakan Endpoint Security. Sebagai satu pakej lengkap yang melindungi komputer dan server melalui sistem rangkaian, Endpoint Security berfungsi sebagai bantuan tambahan kepada perisian perlindungan yang sedia ada.
Komponen2 utama yang perlu ada pada Endpoint Security adalah:
1. ANTIVIRUS ANTI-SPYWARE
---> Tugasan utama kedua2 perisian ini ialah melindungi komputer daripada serangan virus, trojan, malware, spyware dan anasir2 buruk yang lain.
2. PERSONAL FIREWALL
---> Perlunya sistem Firewall kerana ia berkebolehan mengawal akses komputer ke rangkaian2 lain. Sekiranya tidak mempunyai Firewall, perisian mungkin berada di ambang crash. Maka segeralah perbaiki atau memasang Firewall yang baharu.
3. POLICY CONTROL
---> Ketahuilah bahawa Policy Control berkesan mengawal dan memberikan laluan kepada sesuatu perisian, aplikasi dan perkakasan mengikut polisi yang telah ditetapkan.
4. NETWORK ACCESS CONTROL
---> Bertanggungjawab mengawal rangkaian komputer sama ada untuk akses Internet dan Internet. Hanya komputer yang berada dalam polisi yang ditetapkan sahaja boleh memasuki rangkaian.
Gabungan fungsi2 di atas bertujuan mengawal aliran data, akses ke Internet, akses ke rangkaian dan juga keselamatan data. Sehingga kini hanya ada empat Endpoint Security yang popular di Malaysia. Antaranya ialah Sophos Endpoint Security & Data Protection, Symantec Endpoint Protection, McAfee Endpoint Protection Suite dan Trend Micro Office Scan.
Kesimpulannya, kawalan akses dan polisi amat penting untuk mengelak berlakunya kebocoran data, serangan penggodam dan menangani virus. Kini pakej tersebut sudah menjadi 1 keperluan kepada syarikat2 di dalam mahupun di luar negara kerana kehilangan data adalah perkara yang paling ditakuti oleh setiap pengurusan syarikat.
Ain,
ReplyDeleteBoleh saya tahu, adakah ini post untuk Bahasa Melayu penuh? Kalau ya, mudah untuk saya teruskan dengan cadangan dan nasihat.
a z z w a n
Encik Azzwan,
ReplyDeleteMaafkan saya. Post ini not fully Malay language. Saya mengalu-alukan cadangan, nasihat mahu pun tunjuk ajar dari Encik Azzwan. Terima kasih atas keprihatinan dan masa yang Encik Azzwan luangkan untuk mengunjungi blog saya =)