AssaLamuaLaikum n saLam 1 Malaysia ^_*
hari nie kechik nak share sedikit ilmu dengan kawan2 semua..
ilmu ini tentang kesihatan..
mai2 jenguk +_^
Piramid makanan mengesyorkan bahawa kita seharusnya mengambil sekurang-kurangnya lapan hingga dua belas hidangan nasi, mee, roti dan lain2 produk bijirin (bergantung kepada umur, jantina dan tahap aktiviti). Sekali-sekala apa salahnya kamu menukarkan menu sarapan kepada yang lebih berkhasiat iaitu dengan mengambil roti gandum.
KARBOHIDRAT RINGKAS
~ terdapat dua jenis karbohidrat iaitu ringkas dan kompleks. Karbohidrat ringkas boleh ditemui dalam gula seperti gula biasa, madu, gula Melaka, laktosa (dalam susu) dan fruktosa (dalam buah-buahan). Gula tercerai serta-merta semasa pencernaan dan membekalkan tenaga ke dalam saluran darah dengan segera.
KHASIAT ROTI GANDUM
~ selain kaya dengan Vitamin B kompleks, roti gandum yang belum diproses kaya dengan serat, Vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Berita baik untuk kamu yang sedang berdiet, kandungan karbohidrat yang ada di dalam roti gandum kompleksnya menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama. Apa tunggu lagi, jadikan roti gandum sebagai menu pilihan sarapan kamu untuk diet yang seimbang. Mari berdiet dengan cara yang sihat tanpa perlu mengikat perut.
~ karbohidrat kompleks ialah kanji seperti yang ditemui dalam produk bijian dan sesetengah jenis sayur-sayuran (ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek dan jagung). Karbohidrat kompleks tercerai dengan perlahan semasa pencernaan dan membekalkan tenaga secara berkala kepada tubuh.
ADA APA PADA ROTI GANDUM????
* Warna coklat pada sesetengah roti gandum tidak bermakna roti itu berasal daripada bijian penuh kerana kemungkinan ia dihasilkan daripada campuran gandum dan tepung putih. Justeru, kawan2 digalakkan membaca label pada bungkusan roti yang dibeli terlebih dahulu. Roti gandum biasanya mengandungi tiga gram serat untuk setiap sajian.
* Dahulu mungkin roti gandum cuma roti kosong yang tidak sedap. Tetapi kini roti gandum mempunyai pelbagai perisa dan ia tidak semestinya roti tawar. Ada yang dicampurkan dengan buah-buahan kering, bijian, biji bunga matahari atau tepung daripada jenis lain.
* Untuk mempelbagaikan rasa, tambahkan potongan keju, yogurt rendah lemak, minyak zaitun, madu atau potongan ayam panggang tanpa kulit. Semakin rendah kalori yang ditambahkan pada roti gandum, semakin baiklah manfaatnya.
nice info^.^
ReplyDeletethankx kak n0n0i..seLamat mencuba..hehee =)
ReplyDelete