AssaLamuaLaikum kawan2..
seLamat berhujung minggu..
heheee *_-
Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'. Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara, malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabatnya.
Bagaimanakah kawan2 semua ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang sedia ada? Ayuh kita sama2 ketahui ciri2 memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni.
KECINTAAN
---> ianya merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah S.W.T.. Oleh itu, kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan 'UHIBBUKA' atau 'I FILLAH' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.
KASIH SAYANG
---> ianya lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang kamu itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.
KEIKHLASAN
---> ianya dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
KESETIAAN
---> setia terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu. Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahu pun senang.
KEBERANIAN
---> berani dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara2 yang boleh menyakiti hatinya. Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
KEJUJURAN
---> ianya perlu dalam sesebuah persahabatan. Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa2 daripada pengetahuan sahabat kamu itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara2 yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.
KEMAAFAN
---> ianya merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu. Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya dan begitulah sebaliknya.
KESEDIHAN
---> kesedihan yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama. Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan berdukacita, kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.
KEGEMBIRAAN
---> kegembiraan yang hadir dalam diri sahabat kamu itu memberi makna yang kamu juga rasa gembira. Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.
KESERASIAN
---> ianya merujuk pada kesamaan mahupun 'sekepala' dalam apa jua yang kamu ada dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.
* Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat. *
* Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. *
0 comments:
Post a Comment