Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
Hadis ini mensahihkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibu bapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga akan redha kepada anak tersebut. Tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibu bapanya, maka Allah juga murka kepadanya.
Walaubagaimanapun, hendaklah dijelaskankan bahawa apa yang meredhakan ibu bapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah tetapi kita sebagai hambaNYA janganlah melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam berbuat baik kepada ibu bapa.Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:
Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.
Di samping tidak boleh berbuat baik kepada ibu bapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Allah, kita juga tidak boleh berbuat baik kepada ibu bapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda berpesan:
Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibu bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.
Cinta kepada Rasulullah, sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis di atas, bukanlah sekadar perasaan di hati tetapi adalah dengan pembuktian praktikal, seperti mentaati perintah larangan baginda, mengikuti sunnahnya dan membenci bid‘ah yang merosak dan mencemari sunnah tersebut.
Oleh itu tuntutan berbuat baik kepada ibubapa haruslah selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu syari‘at Islam. Justeru seandainya ibubapa menyuruh kita membelikan mereka minuman keras atau membantunya membuat acara kemungkaran seperti pesta (party) di rumah, kita tidak perlu mentaatinya. Jika kita mendapati ibubapa cenderung kepada sesuatu yang menyelisihi syari‘at Islam, hendaklah:
- Terlebih dahulu memastikan bahawa ia benar-benar mengikut syari‘at Islam. Jika perkara tersebut merupakan sesuatu yang diperbincangkan oleh para ilmuan, maka hendaklah kita mengambil sikap berlapang dada. Oleh itu, sebagai contoh, jika kita cenderung kepada hukum larangan mendengar muzik manakala ayah pula gemar mendengar lagu-lagu klasik, maka hendaklah kita bersikap lapang dada. Biarkanlah ayah mendengar lagu-lagu kegemarannya.
- Jika dipastikan bahawa ia benar-benar mengikut syari‘at Islam, maka janganlah ditegur secara kasar dan mendadak. Sebaliknya maafkanlah mereka, pohonkan keampunan Allah kepada mereka, kemudian berbincanglah secara hikmah dan lemah lembut. Kemudian jangan diharapkan perubahan secara serta merta, sebaliknya bertawakkallah kepada Allah agar pada satu masa nanti, secara bertahap-tahap, mereka akan berubah. Ikutilah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara ini, iaitu sebagaimana firman Allah:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]
Ain,
ReplyDeleteTahniah kerana telah memulakan blog. Satu muhasabah diri. Penggunaan 'mouse pointer' (cendawan) yang menarik.
Untuk post kedua, cuba buat berkenaan persembahan minggu lepas. Gunakan teknik "Print Screen" untuk menunjukkan langkah-langkah dalam menghasilkan fungsi Microsoft Word.
Teruskan usaha anda.
Encik Azzwan,
DeleteTerima kasih di atas segala nasihat,tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan. Insya'Allah,untuk post yang kedua saya akan cuba yang lebih baik. 'Cendawan yang comel' =)