Assalamualaikum...
apa khabar kawan2???
harap2 semua nya sihat2 belaka...
heheee.....
lepas penat+seronok menghiburkan diri tempoh hari, inilah masanya untuk kechik update post..
post kali ini kechik de baca 1 topik ini kat majalah REMAJA..
jadi, kechik nak share kat semua kawan2...
sudi2 lah jenguk2 blog kechik @ ayien ini erk..
TQVM (^_^)
Sebelum ini, kajian dari University College London mengungkap bahawa waktu kerja yang terlalu lama boleh meningkatkan risiko mati muda terutama akibat serangan jantung. Dari 7,000 pegawai negeri yang bekerja selama 11 tahun, 192 meninggal dunia kerana serangan jantung dan bekerja sehingga 11 jam sehari. Namun berita baik untuk semua satu kajian terbaharu telah menemui risiko mati muda akibat terlalu banyak bekerja boleh dikurangkan jika mempunyai teman @ sahabat @ kawan @ rakan yang ceria.
Kajian tersebut mengatakan hubungan interpersonal dengan teman sekerja mampu mempengaruhi usia harapan hidup seseorang. Semakin tenang dan bahagia ketika bersama dengan teman sekerja, semakin besar peluang untuk memiliki jangka hayat yang lebih lama. Tetapi sebagai umat Islam, ini semua adalah bergantung kepada ketentuan serta Qada' dan Qadar Allah S.W.T.. Namun begitu, fakta ini didapati dalam kajian yang dilakukan di Tel Aviv University yang melibatkan 820 orang dewasa daripada pelbagai peringkat umur. Kesemua daripada mereka datang daripada pelbagai bidang dengan jangka waktu kerjanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam setiap hari.
Dalam pengamatan selama 20 tahun, 53 orang di antaranya meninggal dunia kerana pelbagai sebab termasuklah sakit dan kemalangan. Ketika dibandingkan dengan faktor lingkungan pekerjaan, tingkat kematian pada mereka yang kurang bahagia dengan rakan sekerjanya cenderung lebih tinggi. Pengaruh hubungan dengan teman sekerja terhadap tingkat kematian paling besar pada mereka yang berusia 38 hingga 43 tahun.
Bahkan ketika disesuaikan dengan faktor risiko lain seperti tekanan darah dan kadar kolestrol, pengaruh hubungan dengan teman sekerja masih sangat tinggi. "Sokongan daripada teman sekerja memberikan pengaruh yang sangat tinggi boleh mengurangkan risiko mati ketika usia masih muda", kajian yang didapati dalam jurnal Health Psychologi. Menariknya, dalam kajian ini tidak ditemukan hubungan antara risiko kematian dengan hubungan antara orang atasan dan bawahannya. Ini bermakna, pengaruh tersebut hanya tertumpu pada sesama teman sekerja.
0 comments:
Post a Comment