Assalamualaikum warahmatuallahi wabarokatuh...
Selamat Pagi semua =)
Aktiviti di kuliah terlalu sibuk hingga kadang kala kawan2 terlupa untuk menjaga kesihatan diri. Jangan sesekali mengabaikan kesihatan dan kebersihan diri kerana ia adalah penentu prestasi kawan2 di universiti. Mari semak2 di mana silap kita sebagai seorang pelajar.
HOBI MENIMBUN
Sering lupa basuh pinggan selepas makan membuatkan sinki penuh??? Malas hendak melipat pakaian selepas dibasuh menyebabkan almari kawan2 bersepah dengan dipenuhi pakaian yang tidak berlipat??? Tempat kasut tidak disusun dengan baik hingga mengundang pelbagai bau??? Aduh!!!!!! Senario ini biasa terjadi kepada para siswa. Jangan suka menimbuni pelbagai barangan ini kerana ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria serta banyak haiwan perosak lain. Jika ia berlarutan, kawan2 juga boleh jatuh sakit akibat daripada kelalaian diri sendiri.
MAKANAN RINGAN YANG 'RINGAN' KHASIAT
Akibat daripada kesibukan waktu dan mungkin juga kesempitan wang membuatkan kawan2 menjadikan makanan ringan sebagai makanan harian. Ada pendapat menyatakan mee segera adalah makanan rasmi kebanyakan siswa. Bagi yang selalu mengamalkan pengambilan makanan ringan, perlulah kawan2 beringat bahawa mee segera tidak mendatangkan khasiat pada kawan2 malah hanya mengundang keburukan. Sebagai seorang siswa, kawan2 memerlukan nutrien dan diet yang seimbang untuk memastikan kelancaran otak serta badan kawan2 bekerja dengan baik. Jika setiap hari makan mee segera, bagaimana hendak dapat khasiatnya kan???
BINATANG PELIHARAAN
Bagi yang tinggal di kolej atau asrama, pasti ada yang membela binatang peliharaan. Jika tidak dibenarkan pun, pasti ada yang senyap2 melakukannya. Tahukah kawan2, tidak semua orang boleh bermain dengan binatang peliharaan ini. Sila ambil perhatian kepada mereka yang suka pada binatang peliharaan ini. Jangan terlalu mengikut kepentingan diri sendiri hingga mengabaikan kesihatan teman sebilik kawan2 yang mempunyai alahan. Oleh itu, penting untuk kawan2 saling berkomunikasi dengan teman sebilik dan yang paling penting, patuhi undang2 @ peraturan2 kolej.
KOLEKSI JENTIK2
Supaya bilik kelihatan sentiasa cantik, kawan 2pasti gemar untuk menghiasinya dengan pasu comel serta bunga-bungaan. Tambahan pula, ia diletakkan di atas perabot yang berwarna gelap. Wahh!!!!! Ianya sudah bagus untuk mengundang 'sahabat karib' kawan2. Tanpa disedari, ia datang membiak di kawasan tersebut. Kawan2 pula buat tidak tahu hinggalah ada di antara kita yang jatuh sakit akibat binatang berbelang hitam putih itu. Nyamuk AEDES paling senang membiak di kawasan air bertakung dan suka bermain di kawasan yang gelap. Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan kawasan sekitar untuk memastikan tiada kawasan yang menternak jentik2 jahat ini.
Pelbagai penyakit tidak akan datang jika kawan2 tahu untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Ayuh basmi kuman dengan cara2 yang mudah ini......

1) Buat jadual rutin membersihkan bilik. Pakatlah dengan teman sebilik kawan2 untuk menyusun atur jadual untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang punca penyakit.
2) Gunakan kain basahan untuk mengelap sebarang debu dan sawang yang hinggap di bilik. Jangan biarkan debu dan sawang berkumpul dari awal kawan2 masuk hinggalah ke penghujung semester. Ianya boleh tersebar ke mana2 sahaja dan boleh membuatkan orang lain mengalami alahan.
3) Biasakan untuk membuka tingkap bilik kawan2 setiap hari. Biarkan aliran udara dalam bilik lancar dan sinaran matahari sampai cerah ke dalam bilik. Jangan selalu duduk di dalam bilik yang serba gelap seperti gua.
4) Sentiasalah menggunakan hand-sanitizer. Ia bagus terutamanya apabila kawan2 perlu menyentuh pelbagai benda yang belum tentu tahap kebersihannya.
0 comments:
Post a Comment