✿◕ ‿ ◕✿ _ ❀◕ ‿ ◕❀ _❁◕ ‿ ◕❁ _✾◕ ‿ ◕✾✿◕ ‿ ◕✿ _ ❀◕ ‿ ◕❀ _❁◕ ‿ ◕❁ _✾◕ ‿ ◕✾✿◕ ‿ ◕✿ _ ❀◕ ‿ ◕❀ _❁◕ ‿ ◕
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarokatuh..
haaaa....kawan2 semua mesti terkejut+terkedu kan2 bila tengok tajuk post kechik kali ini...
heheee....
sebenarnya di sebalik TRAGEDI ini lah berlaku sebuah kenangan yang tidak dapat kechik lupakan sampai bila2 dan bila2 pun...
nak tahu tak kenangan apa yang kechik maksudkan?????
mai2 kita sama2 usha cerita kat bawah nie erk..
|
Haaa...tangan kanan tuu??? |
Kenangan ini sebenarnya dah lama berlaku pada tahun lepas. Pada tanggal 15 Februari 2011, kechik mengalami satu kemalangan yang sederhana je. Tak luka teruk pun cuma membabitkan luka dalaman. Tulang bahu kanan kechik terkeluar dari soketnya dan ada keretakkan sikit pada tulang bahu tu, ini menurut kata doktor lah. Kechik pun mengiakan je. Nak kata terkejut tak adalah jugak cuma tergamam. Tu yang diam seribu bahasa. Heheheee....
Ceritanya bermula macam ini. Pada masa itu, ada satu perlawanan badminton antara praktikum2 yang terlibat je dekat Kolej Matrikulasi Johor. Kechik mewakili praktikum dalam acara bergroup dengan seorang kawan kechik ini. Masa hari perlawanan, kechik datang lewat. Sampai2 je dekat dewan tu, kechik dah disuruh untuk bermain. Bayangkan...tanpa buat warm-up, kechik terus main. Awal2 permainan, kechik okey je sampai lah dapat mata 7-3. 7 tu point mark untuk team kechik.Heheee...
|
Inilah sahabat2 praktikum matrik (*_^) |
Tapiiiiii.............................Bila sampai pertengahan perlawanan pertama, ada berlaku kemalangan sedikit di situ. Tanpa sengaja, bahu kechik bunyi 'krekkkkk' bila kechik melakukan smash dekat pihak lawan. Tapi bunyi tu cuma kechik je yang dengar. Alhamdulillah, bulu tangkis tu masuk ke kawasan pihak lawan tapi tulang bahu kanan kechik terkeluar dari kawasannya. Heheee.... Kawan2 praktikum kechik tak tahu yang kechik cedera pada masa tu sebab kechik tak bagi tahu. Bukan kechik tak nak bagi tahu mereka tapi dengan sorokan semangat yang kawan2 lontarkan membuatkan semangat kesukanan kechik membara2 macam obor2 yang sedang marak. Mula2 tu memang rasa sakit tapi lama2 dah tak rasa sakit. Jadi, kechik teruskan perlawanan sampai ke peringkat akhir. Alhamdulillah, praktikum kechik dapat tempat ketiga secara keseluruhan. Perlawanan kechik tadi tu dapat tempat pertama. Syukur (^_*)
Selepas penat mengeluarkan seluruh tenaga, kechik terlantar di atas katil sehingga tertidur. Oooppsssss...............nasib baik tidak terlepas solat zohor. Bangun2 nak solat zohor tu, baru kechik sedar yang tangan kanan kechik tak boleh nak angkat mahu pun gerak. Kalau gerak akan rasa sakit. Kesakitan itu baru disedari oleh kechik sendiri. Tapi kechik tetap kuatkan semangat untuk cuba menggerakkan tangan namun hasilnya mengecewakan. Kechik tak bagi tahu siapa2 lagi tentang perkara tersebut. Kechik tak nak kawan2 dan rakan2 sebilik kechik susah hati. Jadi, kechik mengambil keputusan untuk berdiam diri. Kechik terus bangun dan mengambil air wudhuk untuk solat zohor. Selesai je solat, kechik sambung tidur sebab terlalu letih.
Bangun je daripada tidur, rakan sebilik kechik dah duduk dekat sebelah kechik. Rupa2nya dia sedar dengan apa yang terjadi dekat tangan kanan kechik. Terkejut kechik bila dia tanya tentang tangan kechik dan dengan keadaan kechik pada masa itu yang kurang bermaya kerana kechik sudah mula demam. Mulalah datangnya kerisauan rakan2 sebilik kechik yang sangat mengambil berat dan prihatin.
Keesokan harinya, kechik ditemani oleh seorang kawan kechik pergi jumpa doktor di klinik. Pertama kali menjejakkan kaki ke klinik tu. Sangat berlainan situasinya dengan klinik yang kechik pernah kunjungi sebelum2 ini. Siap de nombor giliran tu. Wowww!!!! Kagum di situ. Hakhakhak...... Kechik pergilah jumpa doktor selepas tibanya nombor giliran kechik. Duduk2 je, doktor tanya 'Ya, sakit apa?'. Adoyai...doktor ini. Kalau datang jumpa doktor mestilah nak tahu sakit apa, bukannya kechik tahu sakit apa. Tak kan nak jawab sakit hati sebab terluka diputus dengan orang tersayang. Haishhhhh..... Merepek sungguh. Kechik pun bagi tahu tentang bahu kanan kechik tu. Selepas doktor periksa, doktor cuma bagi ubat sapu dan ubat tahan sakit. Tapi doktor ada cakap kalau tangan kechik masih tak boleh nak gerak, esoknya terus pergi klinik balik.
Keesokan harinya, tangan kechik masih dalam keadaan yang sama. Masih sakit dan perit untuk memaksa tangan tu bergerak. Arggggggghhhhhhhhhhhhhh.................Allah sahaja yang tahu macam mana rasanya sakit yang kechik hadapi masa itu. Pagi itu kechik terus pergi ke klinik semula untuk buat pemeriksaan dengan ditemani seorang kawan. Sampai2 je dekat sana, doktor periksa kechik dan terus bawa kechik pergi Hospital Besar Tangkak untuk buat pemeriksaan x-ray. Selepas diperiksa, bahu kanan kechik disahkan ada berlaku keretakkan sedikit dan tulang bahu tu terkeluar dari soketnya. Terkejut kechik pada masa itu. Kechik terus dibawa untuk dirawat dan tangan kanan kechik disimen. Pengalaman pertama kechik menghadapi situasi macam itu tanpa ada mama abah kechik di samping. Rasa sedih pulak. Huhuhuhuuuu ='(
Selama sebulan lebih kechik menahan hati untuk melakukan segala aktiviti yang kechik suka. Aktiviti rutin kechik seperti basuh baju, mandi, pakai baju dan makan semua juga terganggu. Tapi dengan bantuan sahabat2 dunia akhirat, kechik dijaga rapi. Semua aktiviti2 rutin kechik dibantu oleh sahabat2 kechik. Bayangkan dengan hanya tangan kiri kechik yang jarang2 digunakan, itulah saat2 yang kechik perlukan. Semua dengan menggunakan tangan kiri. Sangat memenatkan dan kechik hampir putus asa. Sedih pun ada pada masa itu. Tapi dengan kata2 semangat dan bantuan yang tidak pernah putus dari sahabat2, kechik menjadi kuat semula. TERIMA KASIH SEMUA!!!!
Akhirnya.....pada tarikh 20 Mac 2011, bungkusan kain yang meliliti tangan kanan kechik selama ini telah ditanggalkan. Itulah saat2 paling melegakan kechik kerana tiga minggu berikutnya, kechik menghadapi Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi untuk semester akhir. Alhamdulillah, semasa peperiksaan berjalan kechik dapat menulis menggunakan tangan kanan dengan baik.
Sekian, itu sahaja pengalaman kechik. Pengalaman inilah yang mengajar kechik banyak perkara dari segi kesabaran, ketabahan, keredhaan, persahabatan dan banyak lagi. Hargailah kurnian Allah dengan sebaik2nya.
|
roomate tercinta : amal, kak kinah, ajla n saya |
SAHABAT2 TERSAYANG
|
nuoi |
|
mimi |
|
wahida |
|
nana |
|
doth |
|
fatin n najma |
|
fifah n hanim |
✿◕ ‿ ◕✿ _ ❀◕ ‿ ◕❀ _❁◕ ‿ ◕❁ _✾◕ ‿ ◕✾✿◕ ‿ ◕✿ _ ❀◕ ‿ ◕❀ _❁◕ ‿ ◕❁ _✾◕ ‿ ◕✾✿◕ ‿ ◕✿ _ ❀◕ ‿ ◕❀ _❁◕ ‿ ◕
..sENyum2 tuu tANda nyE suKa ^_*
kesian tgk ain mase kat kmj dulu.. hari2 nmpk dye dimandikan oleh roomate dye. hahaha. untung lah. tp ape2 pun sabar ye ain.. hahaha
ReplyDeleteAik,k0 nmpk erk Nad???malunyee...insya'Allah,aq akn tbh m'hadapi sgla ujian n cbrn dlm khdpn nie..thankx Nad =)
Deletecuri-curi tengok.. hahaha.
Deleteye ke???x baek tau..malu sy..heheee...nk wat cm ne kn2?klu x mndi nnti,bau yg x sdp lak..tu yg t'pksa..hakhak =p
Delete