Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh...
fuhhh!!!!lega rasanya sudah melepasi pelbagai ujian n presentation beberapa minggu yang lepas..
rasa macam nak pecah je kepala otak ini sebab beberapa hari je nak ulangkaji banyak topik..
sangat memenatkan~~~~
post kali ini de beberapa tips yang mungkin berguna untuk kawan2 =)
Semua orang pasti ingin dirinya dihargai terutama apabila melakukan sesuatu. Dihargai bukan bererti harus diberi hadiah ataupun ganjaran, namun ucapan terima kasih dengan disertakan reaksi wajah yang ceria sudah cukup membuat seseorang itu rasa dirinya dihargai. Namun bagaimana sekiranya dalam hidup tidak pernah ada orang menghargai kawan2 malah apa sahaja yang kawan2 lakukan sering diremehkan dan dipandang rendah??? Bukan sahaja di kalangan teman2 malah di kalangan keluarga, tempat kerja, kolej atau di universiti sekali pun, kawan2 sering diperkecilkan atau dipandang rendah. Memendam perasaan tiada gunanya. Kawan2 seharusnya cuba lakukan sesuatu agar kawan2 tidak terus diremehkan dan lebih dihargai oleh orang2 sekeliling. Berikut adalah caranya untuk bangkit agar diri kawan2 akan lebih dihargai. Jom2 semak!!!
-TONJOLKAN KELEBIHAN DIRI-
# Jangan terlalu mendengar komen2 daripada teman2 yang dirasakan sengaja untuk melemahkan lagi diri kawan2. Boleh jadi kawan2 tidaklah sebagus teman2 yang lain tetapi kawan2 patut bangga dengan kelebihan yang ada pada diri. Paling penting dalam diri kawan2 harus ada kemahuan untuk berubah menjadi lebih positif. Tanpa ada motivasi daripada diri sendiri tentunya tidak mudah untuk berubah. Jadi kawan2 harus melakukan persiapan untuk misi kawan2. Misalnya supaya kawan2 boleh nampak menonjol, kumpulkan seluruh data dan carilah maklumat dari pelbagai sumber agar prestasi kawan2 mampu menjadi lebih sukses. Keterampilan juga mampu meningkatkan keyakinan diri kawan2.
-SABAR-
# Walau bagaimanapun, jangan fikir apabila keyakinan diri kawan2 telah meningkat atau pun kerja kawan2 telah selesai. Masih perlu banyak berusaha untuk mengubah diri yang sering diremehkan. Memang bukan semudah yang disangka namun kawan2 memerlukan kesabaran menjalani proses ini. Oleh itu, sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk berusaha lebih gigih lagi serta sanggup melakukan apa sahaja bagi membuktikan kemampuan diri kawan2. Contohnya ialah lebih berani untuk memberikan pendapat atau pun ada inisiatif mengadakan acara 'reunion' dengan teman2 lama. Namun, kawan2 haruslah memegang seluruh tanggungjawab terhadap semua inisiatif dan pendapat kawan2. Jangan hanya pandai memberikan pendapat tetapi tidak pandai menjalankannya. Kawan2 juga perlu sentiasa ingat komunikasi memainkan peranan penting dalam proses membuktikan diri. Jika usaha kawan2 belum mendapat respons positif saat kawan2 membincangkan dengan pihak lawan, cuba beri pengertian pada pihak yang terlibat sekiranya kawan2 ingin diberi kesempatan untuk menunjukkan kemampuan diri kawan2.
-ATASI DENGAN SEMANGAT BERTERUSAN-
# Diakui apabila kawan2 sering dipandang rendah, kawan2 tentunya tidak dapat lari daripada perasaan tertekan, marah dan tiada semangat untuk menjalani kehidupan. Namun, percayalah setiap masalah itu pasti ada jalan keluar dan penyelesaiannya. Selagi kawan2 ada semangat untuk berusaha, selagi itulah ada jalan untuk kawan2 jadi lebih baik dan lebih2 baik. Paling penting kawan2 jangan cepat berputus asa mahu pun mengalah. Mungkin di awal usaha kawan2 kurang berhasil namun kalau kawan2 terus berusaha dan berusaha lagi pasti kawan2 akan berjaya mencapai matlamat yang diingini. Perlu diingatkan juga apabila kawan2 menuju tangga kejayaan maka pasti akan ada halangan2 yang tertentu perlu ditempuhi. Bukan itu sahaja, ada manusia yang tidak boleh melihat orang lain mencapai kejayaan. Jadi untuk mengatasi segala halangan serta manusia2 yang bertopeng ini, kawan2 harus kuatkan semangat dan berusaha tanpa mengenal rasa berputus asa.
0 comments:
Post a Comment