Assalamualaikum..
Ramai orang kata yang perangai dan sikap kechik ini macam keanak-anakan..
Kechik sudah mencapai 20 tahun tau..
Tiada lagi keanak-anakan..
Kechik sudah DEWASA!!!!!
Haaa...kali ini kechik nak share tentang..
"Dewasa VS Keanak-anakan"
Kita DEWASA kalau :
1) Tahu berpakaian kemas dan rapi tanpa perlu diingatkan serta tidak pernah mengeluh saat mengenakan pakaian tersebut.
2) Tidak keberatan untuk membawa anak-anak saudara membeli-belah dan tidak lokek @ kedekut membelikan apa yang dimintanya.
3) Saat mengalami kegagalan, kita tidak mudah menyerah sebaliknya menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran.
4) Tidak pernah malu untuk meminta maaf setiap kali melakukan kesalahan.
5) Menyimpan sebahagian wang saku atau gaji untuk ditabung dan tidak pernah lupa membahagi2kan rezeki kepada orang2 yang kurang berkemampuan.
6) Sentiasa tenang apabila memandu dan tidak mudah baran @ marah apabila ada yang cuba memotong.
7) Mempunyai tujuan hidup dan tahu apa yang harus dilakukan untuk meraih impian.
8) Sedar akan kekurangan tetapi tahu diri mempunyai segunung potensi yang boleh dikembangkan. Tidak ada perkataan putus asa dalam kamus hidup. Malah kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang ada.
9) Tetap tenang dan sabar di saat berhadapan dengan masalah. Kita tahu masalah tidak dapat diselesaikan seandainya kita terus merungut.
10) Bertanggungjawab dan bersedia menanggung sebarang akibat daripada perbuatan kita sendiri.
11) Kita tidak pernah sombong @ bangga diri apabila diberi pujian.
12) Biarpun pedas dikritik, namun kita menerimanya dan menganggap ia sebagai cara untuk kita jadi yang lebih baik.
13) Berhubungan baik dengan semua orang tanpa memilih pangkat @ kedudukan seseorang.
14) Kita tidak pernah menyalahkan orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh.
15) Boleh berbincang sebarang topik dan isu.
Kita KEANAK-ANAKAN kalau :
1) Berpakaian mengikut apa yang disukai dan adakalanya tidak sesuai dengan majlis.
2) Setiap kali kita membawa kereta, kita akan membuka radio sekuat hati sehinggakan orang di pinggir jalan pun boleh mendengarnya.
3) Menghabiskan semua wang saku @ gaji untuk mendapatkan apa yang dimahu. Kita tidak peduli apabila terpaksa berhutang di pertengahan bulan.
4) Emosi tidak stabil dan mudah marah. Ketika memandu, pantang ada kenderaan yang memotong kita terus menurunkan tingkap dan meriak kata2 kotor.
5) Menekan minyak sekuat2 sehingga kereta berbunyi seperti meraung2 dan suka melanggar lampu merah.
6) Terasa diri sangat hebat dan tidak ada kekurangan sedikit pun.
7) Tidak mampu melupakan bayangan silam masa lalu dan takut untuk manghadapi masa hadapan.
8) Kita hanya mahu orang lain terus-menerus memahami kita sedangkan kita sendiri tidak pernah cuba untuk memahami orang lain.
9) Menganggap selagi ada 'perfume' di dunia ini, tidak mandi 3 hari berkemungkinan akan dilakukan.
10) Menjadikan arak, ganja @ benda2 yang tidak elok untuk meredakan tekanan.
11) Sering bersikap cemburu yang tidak tentu arah.
12) Anti diprotes. Hanya kita sahaja dirasakan benar. Oleh itu, jangan ada yang cuba2 membangkang apa yang kita cadangkan. Kalau diprotes juga kita akan mengamuk ibarat angin puting beliung.
13) Apabila berhadapan dengan masalah, selalu memilih jalan yang singkat tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung.
14) Masih malu2 untuk berhadapan dengan orang dan tidak yakin apabila bercakap.
15) Sentiasa berfikir untuk berseronok sahaja dan tidak pernah memikirkan masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment