Assalamualaikum...
alLOooo!!!!
sejak kebelakangan ini kan, kechik sering dengar kes2 buli..
tak kira umur, bangsa mahu pun agama..
semuanya sama je..
post kali ini, kechik nak sentuh sikit tentang KAKI BULI!!!!!!!
Lazimnya sikap membuli ini akan berhenti dengan sendirinya apabila usia meningkat dewasa. Namun hari ini, faktor usia bukan lagi menjadi ukuran. Malah, kita masih lagi mendengar atau melihat individu yang berusia 20 hingga 30 tahun kekal membuli. Tidak kiralah sama ada rakan sekolej, sepejabat sehinggalah pihak atasan yang berpotensi melakukannya. Tanpa kawan2 sedari, kawan2 juga boleh tergolong dalam kategori ini.....
Ada banyak sebab2 yang mencetuskan perlakuan negatif ini di kalangan individu dewasa. Antaranya....
1) BALAS DENDAM
* Mungkin sewaktu usianya masih kecil, beliau pernah menjadi mangsa buli. Jadi apabila beliau benar2 yakin bahawa dirinya sudah memiliki kekuatan untuk melawan, beliau bangkit untuk membalas dendam dengan membuli golongan2 yang dulu pernah melakukan terhadap dirinya dahulu.
2) PERWATAKAN AGRESIF
* Memang sejak dari azali seseorang individu ini memiliki perwatakan yang agresif. Ada yang agresif menerusi kata2nya seperti gemar menggunakan kata2 yang tajam serta menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Selain itu, ada individu yang agresif dari segi fizikalnya. Sebagai contoh, bertindak menampar atau menumbuk apabila sedang marah.
3) CURI PERHATIAN
* Si pelaku lazimnya memiliki kekosongan secara emosi dan mengambil jalan mudah mengisinya dengan mencuri perhatian orang lain seperti bertindak kasar. Tujuan utama si pelaku berkelakuan sedemikian adalah semata-mata untuk mendapat reaksi dan tanggapan 'tersendiri' daripada orang di sekelilingnya.
4) PENGALAMAN PERIBADI
* Misalnya, si A dahulu adalah seorang pelajar yang bijak dan rajin. Tetapi disebabkan si A tidak mempunyai kawan, kehidupannya hanya tertumpu sekitar akademik mengejar karier dan meraih kejayaan. Setelah bekerjaya, si A tetap meneruskan corak kehidupan yang sama. Akibatnya, apabila ada rakan yang tidak gemar dengan cara bekerjanya itu, si A bertindak terus membuli rakannya itu.
5) TANDA PROTES
* Untuk melindungi perasaannya sendiri agar tidak disakiti, si pelaku memilih jalan mudah dengan menyakiti orang lain terlebih dahulu.
Jom Periksa atau Kenalpasti Diri Kawan2 (^_*)
Jangan hanya menuding jari kepada rakan yang bermulut bisa sahaja yang boleh melakukan tindakan membuli ini. Cuma kawan2 periksa kenyataan berikut, manalah tahu mungkin kawan2 juga tergolong dalam kategori 'SI PEMBULI'????
1) BUKAN PILIHAN RAKAN UNTUK BERKONGSI PERASAAN
* Apabila ada individu yang menghampiri kawan2 untuk berkongsi luahan perasaannya denganmu, kawan2 langsung tidak membantunya mencari jalan penyelesaian. Sebaliknya kawan2 menyalahkannya dan menjadikan ceritanya itu sebagai bahan sebaran gosip kawan2 kepada rakan2 yang lain.
* Kerana tidak mahu menjadi mangsa buli, orang di sekeliling kawan2 akan cuba mengelak daripada mendekatimu. Atas faktor itulah yang menyebabkan kawan2 menjadi individu yang sering ketinggalan info kerana tiada individu yang ingin mendekati dan berkongsi cerita denganmu.
3) SENTIASA DIANGGAP SEBAGAI 'ORANG LUAR'
* Sejurus kerja berkumpulan selesai, tiada rakan yang mengajak kawan2 untuk menyertai mereka dalam aktiviti 'sampingan' atau 'santai' yang mereka adakan. Hmmm....agak2nya kenapa ya???
4) MENJADI MANGSA
* Si pembuli biasanya mengambil peluang untuk membuli apabila ada ruang dan peluang untuk si pelaku menggembar-gemburkan perkara atau isu yang remeh. Ibarat seorang perompak yang menemui peluang untuk mencuri, begitu jugalah dengan si pembuli.
5) SEKALI BERGELAR PEMBULI, SELAMA2NYA AKAN MENJADI PEMBULI???
* Ramai yang beranggapan bahawa jika sekali pernah menjadi pembuli, maka sehinggalah beliau menginjak ke usia dewasa dirinya akan terus menjadi pembuli. Hakikatnya, kenyataan itu tidak berasas langsung. Jika si pembuli itu masuk dalam lingkungan atau kumpulan yang tidak menerima tindakan buli, tentu sahaja si pembuli itu akan berhenti dari meneruskan sikap buruknya itu. Selain itu, si pembuli juga akan berubah jika beliau pernah melalui satu pengalaman hidup yang mendorong dirinya untuk berubah kerana ada pihak yang mampu untuk menyedarkannya bahawa tindakannya selama ini adalah salah.
Selain itu, orang yang tidak pernah membuli boleh menjadi seorang pembuli apabila dirinya terdorong atau terpengaruh dengan persekitarannya. Individu sebegini memang mudah untuk berubah menjadi individu yang lebih baik. Jadi bagaimana pula dengan kawan2?? Adakah kawan2 dikategorikan sebagai 'mangsa' atau ' si pelaku buli' itu??? Fikir2 kan dan selamat beramal. Heheheeee.....
0 comments:
Post a Comment