Assalamualaikum sahabat2..
semoga hari ini lebih baik dari semalam =)
Gadis atau wanita atau perempuan memang tidak dapat dipisahkan dengan 'LIPSTIK'..
Tanpanya, tidak lengkaplah perhiasan diri mereka..
haaa..post kali ini kechik nak kongsi tentang 'LIPSTIK'...
Selama ini pernahkah kawan2 terfikir bahawa warna LIPSTIK yang kawan2 hiaskan di bibir setiap hari ada maknanya??? Pemilihan warna LIPSTIK adalah terpulang kepada citarasa individu masing2 dan di sebalik warna pilihan kawan2 itu, ianya mewakili sikap serta keperibadian diri kawan2 sendiri. Ada yang menyesuaikannya dengan warna kulit dan ada juga yang memilih warna LIPSTIK mengikut mood. Apa yang boleh disingkap di sebalik warna2 itu??? Ayuh kita semua bongkar bersama2.....
{WARNA MERAH}
Merah menjadi pilihan mereka yang gemar menjadi perhatian ramai dan memiliki keyakinan diri yang tinggi. Selain itu, mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main2 dengan mereka ini. Buruk akibatnya nanti. Namun begitu, mereka sebenarnya baik hati.
{WARNA MERAH JAMBU}
Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap atau pun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadang kala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tidak kisah.
Warna ini menjadi pilihan mereka yang tidak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.
{WARNA UNGU}
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan memiliki pertahanan diri yang jitu. Selalunya individu dari kategori ini berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tidak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini.
{WARNA OREN}
Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadang kala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.
{PELEMBAP BIBIR TANPA WARNA}
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan cantik semulajadi kerana ia hadir tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih 'lip gloss' yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu, mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan.
0 comments:
Post a Comment